PENYERTAAN MSTE 2024

MAKLUMAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan A MARDI
  2. Tiada yuran penyertaan
  3. MSTE 2024 akan diadakan di Ibu Pejabat MARDI, Serdang pada 15-16 Oktober 2024
  4. Pendaftaran penyertaan MSTE 2024 perlu dibuat secara atas talian di Portal MSTE 2024: http://maswangi.mardi.gov.my/mste
  5. Kemasukan ke laman sesawang MSTE 2024 menggunakan log masuk dan kata laluan seperti kemasukan ke Anjungnet
  6. Penyertaan adalah terhad kepada DUA permohonan sahaja per individu
  7. Setiap penyertaan mesti menggunakan borang yang berlainan iaitu satu borang untuk satu penyertaan
  8. Abstrak pengetahuan/inovasi tidak melebihi 300 patah perkataan. Penulisan Abstrak ini akan dimasukkan ke dalam buku Hari Inovasi MARDI 2024 (Sila rujuk format yang disediakan).
  9. Peserta juga perlu menghantar Abstrak Lanjutan (Extended Abstract, EA) dengan maksimum 5 mukasurat yang perlu dimuat naik semasa pendaftaran di laman web http://maswangi.mardi.gov.my/mste. EA akan dikompilasikan sebagai satu manuskrip e-proceeding.
  10. Penyertaan terbuka kepada penyelidikan/produk baharu yang tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan/pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  11. Sekiranya perlu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) Khas akan diadakan bagi memperhalusi semua penyertaan bagi Kategori Inovasi
  12. Pengisian kolaborator perlu lengkap untuk tujuan penyediaan sijil. Pihak sekretariat tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan yang disebabkan oleh pengisian ini.
  13. Setiap penyertaan akan diadili oleh panel hakim bertauliah yang dilantik bagi setiap kluster
  14. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  15. Peserta perlu mempamerkan poster, sampel dan bahan pameran berkaitan di reruai MSTE 2024 masing-masing untuk pembentangan kepada panel hakim. Segala kos penyertaan adalah di atas tanggungan peserta sendiri.
  16. Pembentangan dalam Bahasa Inggeris adalah digalakkan