PENGENALAN
Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE)
- Tahun 2024 merupakan penganjuran MSTE 2024 untuk kali yang ke-19 semenjak mula diperkenalkan pada tahun 2005. MSTE merupakan salah satu aktiviti dalam Hari Inovasi MARDI bertujuan untuk memupuk semangat kreativiti dan inovasi di kalangan warga MARDI
- Pameran dan pertandingan MSTE menyediakan platform untuk memberi pengiktirafan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) MARDI dalam penyelidikan, selain menjana kreativiti dan pengetahuan dalam cetusan inovasi baharu
- Pencapaian yang cemerlang di peringkat MSTE memberi peluang kepada pegawai untuk menyertai pameran reka cipta dan inovasi bertaraf kebangsaan dan antarabangsa
OBJEKTIF
- Membentang dan mempamer pencapaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh pegawai MARDI dan memberi pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan pencapaian yang cemerlang
- Memberi perangsang dan galakan untuk meningkatkan kecemerlangan kreativiti dalam menjana pengetahuan dan inovasi baharu selari dengan usaha memajukan R&D sains dan teknologi
- Menyemarakkan budaya inovasi, reka cipta dan penyelidikan serta menyediakan platform kepada saintis yang cemerlang untuk menyertai pertandingan inovasi dan reka cipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
KATEGORI PERTANDINGAN
- Kategori Pengetahuan
Berasaskan kepada sumbangan dan pencapaian yang signifikan dalam menjana pengetahuan baharu hasil daripada dapatan R&D yang dilaksanakan. Antara kriteria-kriteria output pengetahuan yang signifikan:
- Pengetahuan baharu yang diterbitkan sebagai penulisan saintifik, jurnal berwasit, bab/buku saintifik, manual teknikal danStandard Operating procedure (SOP)
- Informasi berdasarkan bukti (evidence-based information) yang berguna yang diperolehi daripada set-set data untuk digunapakai dalam generasi teknologi/bioinformasi (contoh: penanda gene/molekular yang dikenalpati mempunyai ciri-ciri istimewa seperti rintang penyakit)
- Kategori Inovasi
- Berasaskan kepada hasil reka cipta/inovasi asli, mempunyai nilai komersial serta potensi pasaran, pembangunan prototaip (mengikut keperluan), terdapat elemen proof-of-concept (POC) dan sebaik-baiknya telah mendapat perlindungan Harta Intelek (IP)
- Kategori ini adalah termasuk varieti tumbuhan, baka haiwan, produk pertanian dan agro-makanan, mekanisasi, prototaip dan peralatan
- Teknologi inovasi juga meliputi teknik-teknik, proses, kaedah dan formulasi yang dibangunkan
- Teknologi-teknologi ini boleh berfungsi sendiri atau diintegrasi dalam satu sistem yang lengkap
Sumber: MARDI Research & Development Policy and Guidelines, 2019
KLUSTER DAN KOD
- Tanaman
- Ternakan
- Bioteknologi
- Nanoteknologi
- Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi
- Teknologi Makanan
- Mekanisasi dan Automasi
- ICT
- Sains Sosial, Pemindahan Teknologi dan Ekonomi serta Perkhidmatan Operasi